Tuesday, May 26, 2009

Merempit di Pangkor

Berpeluang pergi Ke Lumut untuk lawatan kerja, sempat juga aku dan Pak At pi merempit di Pulau Pangkor. 2 sebab kenapa kami ke Pulau Pangkor adalah, 1stly nak survey line utk plan kayuhan RCT di Pulau Pangkor. Keduanya pasai Pak At teringin nak pi Pulau Pangkor.

La ni kalau hang pa nak pi Pulau Pangkor , Parking selamat sikit. MPM dah buat parking bertingkat yg menawarkan parking berbumbung dan banyak. Aku parking 3 jam lebih kena RM0.90 sahaja. tiket Feri RM 10 /2 hala.

pada mulanya nak sewa gerek... memandangkan spec gerek terlalu rendah tak jadi lah. ada ka gear set cap sun run.... tak pernah dengar pun...
Memandangkan kami nak pusing pulau yg hanya mengambil masa 40 minit, kami sewa motor 2 jam. Merempit satu pulau pasal jalan yg menguji kemahiran merempit kerana banyak lap maut dan berbukit. semua jalan kat pulau ni kami masuklah berbekalkan minyak RM2. disini ada gambar sikit menerangkan keadaan disana.

Satu satu nya cawangan PAS kat Pangkor. Banner MB Haram merata ceruk termasuk di Feri....

Kapal TLDM yg pi lawan lanun. kami sempat sesat dalam kem depa. tapi pak guard dia tak
tahan tak tau pasai pa..

Jeti bot ke pangkor Laut. Boleh nampak Pangkor Laut dan pulau lain dari sini.

Kayuhan demi kayuhan

Hobi berbasikal aku semakin memuncak. Perjalanan yg amat membanggakan apabila kayuhan dibuat hingga ke lenggong, Baling. Kayuhan yg dicatat melebihi 80km melalui pekan Sik dan Lata Mengkuang. Kenangan yg menerik sepanjang perjalanan ini adalah apabila ada ahli RCT yg tergolek seasa dalam perjalanan.Pulang dari kayuhan ini jg 2 orang ahli telah masuk wad. Tapi rasanya bukan disebabkan kayuhan pi Legong kut. Pak Long masuk wad kerana darah tinggi dan Yon pula Chikugunya. tapi alhamdulillah kedua - dua mereka sihat kembali selepas berehat dalam wad.


Tak kurang juga kayuhan menarik apabila aku berjaya menawan puncak tertinggi gunung Jerai. Hampir 1400m di menara RTM ka Telekom tak tau yang tinggi sekali tu. Orang MTB panggil dapat lesen E, iaitu lesen besar sekali. Menarik jg pengalaman ni. Aku tak tahu pulak atas puncak tu ada Telaga Tok sheikh dan suhu sejuk gunung di puncak.

Last sekali tak kurang jg kayuhan ke Batu Hampar dan Offroad di Bandar Puteri Jaya. Setiap kayuhan ada saja cerita menarik sepanjang perjalanan tersebut. Aku rasa enjoy join activitiberbasikal ini. lepas ni tak tahu kemana pulak. tapi aku tak maulah tahap fanatik macam setengah cylist tu, yang sanggup ambik cuti dan work hard berkayuh.... apa-apa pun kalau depa enjoy biar pi kat depa lah. Objektif aku hanya sekadar Exercise dan menikmati keindahan alam....