Wednesday, February 18, 2009

my new baby

Alhamdulillah ... bertambah seorang lagi umat nabi muhammad.




Hari sabtu lepas 14,Feb,2009 , anak ke 3 aku dah selamat dilahirkan. anak perempuan 2.7 kg.


tempat lahir KMC,Alor Setar. anak 1 & 2 aku dulu buat kat kelantan,KBMC. dua dua normal, tapi kali ni terpaksa ceaser. nak buat lagu mana rezeki Allah Taala. kesian juga kat bini. tapi semua selamat alhamdulillah.




nak compare KMC ngan KBMC aku rasa KMC kureng sikit kut. banyak aspek termasuk husband tak boleh masuk dlm labor room sampai beranak. anak pun tak boleh bawa masuk bilik. lebih kurang macam hospital kerajaan jg. tapi kat sini cuma ada dr. perempuan.




2 malam tidur hospital lastly baru boleh balik. anak mcm ada kuning, tapi pi check kat elangovan tadi didapati cuma normal jaundice. lepas ni cabaran nak mendidik anak la pulak...moga moga menjadi anak yg solehah....Amin




ni aku sertakan foto anak ke 3 aku...comel macam aku juga...



Monday, February 9, 2009

KELAB RCT

Kelab RCT nampaknya dah bertambah ahlinya. paling bersejarah pada 3/2/09 lepas 11 orang ahli dah berjaya membuat kayuhan perdana bersama. impak kepada program ni makin ramai yg berminat nak join activities berbasikal ni.


laman blog rasmi RCT pun semakin hits mengalahkan blog politik. sampai ada team lain yg hantar mesej dan ucapan kat laman blog tersebut. ada yg nak join walaupun dok jauh dari pot RCT.

harap-harap activity tak jadi hangat-hangat taik ayam . selamat berkayuh semua.....


Monday, February 2, 2009

PESTA GOUT KEMBALI


Minggu lepas budak budak group 2 telah arrange satu trip pi BBQ di batu Peringgi, Penang. Sebelum ni dah buat banyak kali dah buat event yang macam ni.. Antara location yang pernah terpilih adalah Damai Laut Resort, Air panas Lenggong dan mana lagi tak tau lupa dah…

Kali ni 7 keluarga ikut serta. Keluarga Ayen,Sahaq,Pak Long, Mie, Pak Ya, Pok Cik dan Fuad. Kali ni bakaq ayam , udang dan sotong saja. Tu pun tak habis. Pagi esok kaum wanita pakat masak nasi lemak. Ayam dan udang yang balance semalam sambung masak pagi ni.

Baguih jugalah event macam ni. Bini2 dan keluarga group 2 dapat berjumpa dan gathering together. Next……. Tak tau lagi nak pi mana.

p/s: pesta gout mendapat nama selepas event BBQ di Damai Laut beberapa tahun yg lalu. Lepas bakar udang dan kerang berapa kilo tah,,, semua pakat kena gout….sejak hari tu event ni nama pesta gout.