Saturday, August 15, 2009

Majlis Jawatankuasa Agung KAPENAS semasa mesyarat perwakilan pada 11 august 09

sekadar tatapan semua....... tahun ni uniform baru dilancarkan. macam parti IPF pimpinan Panianathan..... cerita best tak ada . nak tahu cerita cari Pak At jurucakap yg rajin bercakap hal ehwal semasa. Yang lain dah tua .... malas nak cakap apa-apa. tunggu orang ganti......


MJKA yang akan fight CA hangpa. Bagi lah sokongan apa yang patut......



Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Cawangan Utara bersama sebahagian perwakilan cawangan Utara......

Majlis Tilwah Al quran

Majlis tilawah tahun ini dimenangi qariah M'sia ;Syarifah Khasif. dulu peserta Akademi Alquran. La ni dia kerja kat Astro aku tak tau la part time ka full time. Qari pulak dari dari Iraq. Usama Abdullah. Aku pun tahu kat dari media massa juga. Aku tak pi pun majlis tersebut. Tapi aku berpeluang untuk tengok persiapan pentas kat PWTC.

Hari majlis tersebut kebetulan aku ada mesyuarat Union kat KL. jadi aku ambil kesempatan pi PWTC yang mana berlansungnya Majlis Tilawah Alquran peringkat Antarabangsa. Aku sempat la melawat booth perniagaan dan masuk ke dewan utama berlangsungnya majlis. Dewan ni ada memori tersendiri juga kat aku. Aku konvo dulu kat dewan ni. Sempat la shot gambar dengan handphone aku dua tiga keping.

Apa-apahal pun Tahniah kepada johan tahun ni terutamanya Sharifah Khasif. Aku kagum ada juga orang muda macam dia. harap-harap ramai lagi la yg macam dia. Semoga kita dapat mendidik anak-anak kita jadi macam dia. moga moga tenteram kut disana......


Replika Pedang Rasulullah kat Pemeran sempena majlis tilawah alquran....

di dalam dewan utama PWTC tempat berlansungnya Majlis Tilawah Alquran


TAHNIAH.... Syarifah Khasif Syed Fadzilah Bt Syed Badiuzzaman Johan Qariah Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa, wakili Malaysia.....

NI cuma nak habaq Dewan Aku konvo dulu.....kenangan......

Monday, August 10, 2009

sori lama tak updated

terima kasih di ucapkan kpd semua follower blogkawan-kawan ni. rupanya sudah 3 bulan saya tak updated blog ni.

ada beberapa cerita menarik yg saya ingin dipaparkan dlm blog ni. tapi belum sempat di coretkan dlm blog ni. blog ini sepi seketika semenjak kehilangan sahabat baik semenjak dari kecil sehingga dewasa. semangat tetiba hilang seperti kita akan turut ikut jejaknya.

di samping itu kesibukan jg melanda apabila saya terpaksa menghabiskan thesis saya yg telah tertangguh beberapa bulan. dan pada bulan julai dan ogos lagilah sibuk kerana plant turn arround yg memaksa bekerja tanpa kira masa.

insyallah apabila semua undercontrol blog ini akan dihiasi kembali dgn nukilan yg menarik utk dikongsi. sama sama kita tunggu....

coming soon

Tuesday, May 26, 2009

Merempit di Pangkor

Berpeluang pergi Ke Lumut untuk lawatan kerja, sempat juga aku dan Pak At pi merempit di Pulau Pangkor. 2 sebab kenapa kami ke Pulau Pangkor adalah, 1stly nak survey line utk plan kayuhan RCT di Pulau Pangkor. Keduanya pasai Pak At teringin nak pi Pulau Pangkor.

La ni kalau hang pa nak pi Pulau Pangkor , Parking selamat sikit. MPM dah buat parking bertingkat yg menawarkan parking berbumbung dan banyak. Aku parking 3 jam lebih kena RM0.90 sahaja. tiket Feri RM 10 /2 hala.

pada mulanya nak sewa gerek... memandangkan spec gerek terlalu rendah tak jadi lah. ada ka gear set cap sun run.... tak pernah dengar pun...
Memandangkan kami nak pusing pulau yg hanya mengambil masa 40 minit, kami sewa motor 2 jam. Merempit satu pulau pasal jalan yg menguji kemahiran merempit kerana banyak lap maut dan berbukit. semua jalan kat pulau ni kami masuklah berbekalkan minyak RM2. disini ada gambar sikit menerangkan keadaan disana.

Satu satu nya cawangan PAS kat Pangkor. Banner MB Haram merata ceruk termasuk di Feri....

Kapal TLDM yg pi lawan lanun. kami sempat sesat dalam kem depa. tapi pak guard dia tak
tahan tak tau pasai pa..

Jeti bot ke pangkor Laut. Boleh nampak Pangkor Laut dan pulau lain dari sini.

Kayuhan demi kayuhan

Hobi berbasikal aku semakin memuncak. Perjalanan yg amat membanggakan apabila kayuhan dibuat hingga ke lenggong, Baling. Kayuhan yg dicatat melebihi 80km melalui pekan Sik dan Lata Mengkuang. Kenangan yg menerik sepanjang perjalanan ini adalah apabila ada ahli RCT yg tergolek seasa dalam perjalanan.Pulang dari kayuhan ini jg 2 orang ahli telah masuk wad. Tapi rasanya bukan disebabkan kayuhan pi Legong kut. Pak Long masuk wad kerana darah tinggi dan Yon pula Chikugunya. tapi alhamdulillah kedua - dua mereka sihat kembali selepas berehat dalam wad.


Tak kurang juga kayuhan menarik apabila aku berjaya menawan puncak tertinggi gunung Jerai. Hampir 1400m di menara RTM ka Telekom tak tau yang tinggi sekali tu. Orang MTB panggil dapat lesen E, iaitu lesen besar sekali. Menarik jg pengalaman ni. Aku tak tahu pulak atas puncak tu ada Telaga Tok sheikh dan suhu sejuk gunung di puncak.

Last sekali tak kurang jg kayuhan ke Batu Hampar dan Offroad di Bandar Puteri Jaya. Setiap kayuhan ada saja cerita menarik sepanjang perjalanan tersebut. Aku rasa enjoy join activitiberbasikal ini. lepas ni tak tahu kemana pulak. tapi aku tak maulah tahap fanatik macam setengah cylist tu, yang sanggup ambik cuti dan work hard berkayuh.... apa-apa pun kalau depa enjoy biar pi kat depa lah. Objektif aku hanya sekadar Exercise dan menikmati keindahan alam....

Saturday, April 18, 2009

Berjalan di KL

Last week , aku kena outstation di KL. Bukan pi makan angin , tapi kena siapkan projek baru kilang aku. Dapat stay kat Summit USJ. Keja kena buat kat Puchong. Dekat ½ jam juga untuk pi sana termasuk ngan jam..


Kat sana client kilang aku bawa pi makan ayam kampong kat satu R&R Awan Besar, lebuhraya KESAS. Boleh tahan juga. Seat sampai kena beratur, punyala ramai. Apapun aku bedal saja sampai dua ketui… kebetulan ada orang belanja… he..he.. thank youlah Faizal ngan Fairuz pasai sanggup belanja kami....


Malam last aku kat sana Megat ngan Amir nak jalan KL. Kami pun pi KL. Masuk terowong SMART tup tembus kat Bukit Bintang. Magik juga. Tak pernah masuk. Planning nak pi KLCC. Bukit bintang pun layan ajalah. Depa nak pi Low Yat. Aku yang berasa cekap sikit pasai tempat kat KL ni pun bawa pi lah depa. Malangnya Low Yat dah nak tutup. Jalan jalan ajalah. Jalan tok sah dok cakaplah jam nak mampos. Boleh tengoklah perangai hodoh rakyat Malaysia kat sini. Yang menarik perhatian aku, ada yang cari makan jadi patung. Macam negara Barat yang lingkup tu lah…. Apa apa pun KL tetap tak sesuai untuk kami menetap….. kalau terpaksa..... nasib la....


Sunday, April 12, 2009

Dockers murah kat KB

Last week , aku balik kelantan ambil bini dan anak2 . Lepas 2 minggu bini berpantang kat sana dan selesai menyunat anak (baby) maka sampai time utk balik kesini. cuti pun dah nak habis dah...

dlm masa yg singkat tu sempat bawa pi anak ke KBMC check sikit. kita pun tak tau sangat sakit baby ni, kena tanya yg pakar. dlm pada sempat singggah kat KB Mall. Plan nak cari wallet ngan belt. Yg dok ada dah tahap uzur sangat. masuk saja pasific first sekali nampak dockers corner. lama dah bekenan kat dockers ni tapi harga macam tak mampu saja.

Suddenly nampak satu sudut discount 50%. terkejut jg tgk yg discount tu seluar dockers. memandang aku seorg pengguna yg bijak, aku check dulu harga, mana tau dia naik harga lepas tu discount, just nak mohong orang.

Setelah diteliti aku rasa ni betul punya sale ni. harga asal dia start at RM188 above,dapat
RM 95. geram punya pasai angkat jg lah, pi duit gaji bulan ni. Lari budget. Aku tanya salegirl situ apasal murah, dia kata nak clear stock. mungkin stock lama kut aku beli ni. Tak kisahlah teringin sangat nak pakai dockers.

KalAu korang nak beli dockers murah cubalah pi kat KB mall. Tapi aku tak jamin ada ka tak dak lagi. ni betui ori bukan reject punya....

Sunday, March 29, 2009

F1 season started.

Today F1 started for new season for 2009. I had chance to watched it on office TV this afternoon. The controversial team was winning. Button and Barichelo from Brawn get in podium for 1st and 2nd place.


When the F1 season come, the memories during F1 familiarization will come. Unless the program was happen last 2 year the sweet memories with the quiz winner is still fresh in mine. We are very lucky due a lot of F1 information and experience we were catches. All friend around petronas opu in m'sia and oversea were gathered together on that time. Today when talking about F1 a lot of information that i can share to other people. A free F1 t shirt will become an eye catcher if I wearing it.


Some time I asking myself when all the friend during the program will be meet again. Does it need some reunion for all the winners? Thru this blog i like to share some of the moment during that time. I don’t know when the moment will come again. For me watching F1 in the circuit is wasted if seat at other than grandstand.....


behind the BMW Sauber Pit

bahrin, Yu and Subha

Friday, March 27, 2009

Al-fatihah

Kita telah kehilangan seorang lagi kawan kita. Kawan yg kita bersama bergurau senda dan bergelak ketawa telahpun mengadap tuhan yg maha esa. Kawan yg baru berusia 51 tahun pd tahun ni telah menangung skit sehjak beberap tahun lalu. Hanya teman yg dekat dgnnya saja tahu akan skit yg dihadapi. Allahyarham jarang menunjukkan masalah kesihatannya kpd kita. Beliau begitu kuat berahsia dan menyembunyikan sakit yg ditanggung. Saya pun taklah begitu rapat dgn arwah, tapi kerap bersembang dgnnya.

Penghormatan terakhir yg mampu saya beri adalah melawat beliau di Hospital Yan. Beliau diberitakan meninggal dlm perjalanan ke hospital setelah mengadu sakit perut. mayat beliau akan disemadikan di N9, kampungnya. semoga arwah ditempatkan bersama orang yg beriman... Al-fatihah...........Ramli Bin Ahmad ( Abang Rem) , 1957-2009.

Terima kasih dan sorry.

Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kerana saudara saudari yg sudi melayan blog yg tak seberapa ini. Agak terharu jg kerana bog ini agak hits apabila disearch melalui google.

Berbanyak kemaafan dipohon kerana lama tidak update this blog. this is due to the internet connection problem. My neighborhood having problem with the telekom cable stolen. Almost 1 months the problem happen. Finally to makesure i continue connected, i subcribed celcom broadband for a second time. Last year i already subcribe this brodband, but due to no 3g coverage at this area and slow in connection i was terminate it. now the 3g already reach this area, but streamyx still in contract. So used bothlah....

sori jglah pasai blog ni guna bahasa rojak. inilah hasil dari PBSMI yg telah dilaksanakan oleh kerajaan. salammm.....

Wednesday, February 18, 2009

my new baby

Alhamdulillah ... bertambah seorang lagi umat nabi muhammad.




Hari sabtu lepas 14,Feb,2009 , anak ke 3 aku dah selamat dilahirkan. anak perempuan 2.7 kg.


tempat lahir KMC,Alor Setar. anak 1 & 2 aku dulu buat kat kelantan,KBMC. dua dua normal, tapi kali ni terpaksa ceaser. nak buat lagu mana rezeki Allah Taala. kesian juga kat bini. tapi semua selamat alhamdulillah.




nak compare KMC ngan KBMC aku rasa KMC kureng sikit kut. banyak aspek termasuk husband tak boleh masuk dlm labor room sampai beranak. anak pun tak boleh bawa masuk bilik. lebih kurang macam hospital kerajaan jg. tapi kat sini cuma ada dr. perempuan.




2 malam tidur hospital lastly baru boleh balik. anak mcm ada kuning, tapi pi check kat elangovan tadi didapati cuma normal jaundice. lepas ni cabaran nak mendidik anak la pulak...moga moga menjadi anak yg solehah....Amin




ni aku sertakan foto anak ke 3 aku...comel macam aku juga...



Monday, February 9, 2009

KELAB RCT

Kelab RCT nampaknya dah bertambah ahlinya. paling bersejarah pada 3/2/09 lepas 11 orang ahli dah berjaya membuat kayuhan perdana bersama. impak kepada program ni makin ramai yg berminat nak join activities berbasikal ni.


laman blog rasmi RCT pun semakin hits mengalahkan blog politik. sampai ada team lain yg hantar mesej dan ucapan kat laman blog tersebut. ada yg nak join walaupun dok jauh dari pot RCT.

harap-harap activity tak jadi hangat-hangat taik ayam . selamat berkayuh semua.....


Monday, February 2, 2009

PESTA GOUT KEMBALI


Minggu lepas budak budak group 2 telah arrange satu trip pi BBQ di batu Peringgi, Penang. Sebelum ni dah buat banyak kali dah buat event yang macam ni.. Antara location yang pernah terpilih adalah Damai Laut Resort, Air panas Lenggong dan mana lagi tak tau lupa dah…

Kali ni 7 keluarga ikut serta. Keluarga Ayen,Sahaq,Pak Long, Mie, Pak Ya, Pok Cik dan Fuad. Kali ni bakaq ayam , udang dan sotong saja. Tu pun tak habis. Pagi esok kaum wanita pakat masak nasi lemak. Ayam dan udang yang balance semalam sambung masak pagi ni.

Baguih jugalah event macam ni. Bini2 dan keluarga group 2 dapat berjumpa dan gathering together. Next……. Tak tau lagi nak pi mana.

p/s: pesta gout mendapat nama selepas event BBQ di Damai Laut beberapa tahun yg lalu. Lepas bakar udang dan kerang berapa kilo tah,,, semua pakat kena gout….sejak hari tu event ni nama pesta gout.

Wednesday, January 28, 2009

Raya 2008




Tahun lepas raya posa kena kerja . tahun ni insyaallah boleh cuti kut. raya dlm kilang tak sama macam raya kat rumah. tapi nak buat cammana dah tanggungjawab.




kawan aku sorang tu mungkin last kut raya kat m'sia. dengar kata nak terbang pi mid-east. rezeki dia. apa pun just nak share gambar dan riak wajah masa raya hari tu.....

MY new hobby.






dah lama dah aku beminat nak cycle ni. especially bila my neighbour, bad & fahrul mula kayuh. after get all the info pasai gerek ni lalu pi la survey seluruh kedai di A.S & S.P tak lupa jg kat Gurun & Yan.

Dlm dok cari tu Shift mate plak turut berminat ngan gerek ni. lastly lepas pulun survey
serata cerok, pi la sambar satu specialised. hari yg sama pak lan pun beli corrotec dia. apa ;lagi esok terus mula ekspedisi.

1st xpdc pi tengok anak Lie tiang. ada cerita dlm rctonline.blogspot .com

blog ni pak lan yg punya. dok tak dok teringain jg aku buat blog. ni lah hasilnya.

sama-sama kita nantikan.