Tuesday, January 26, 2010

EXORA Performance Test



Pertama sekali berbanyak terima kasih di ucapkan kepada Pak At kerana membenarkan kami menguji tahap keselesaan EXORA 1.6 Full Spec dia. Masa kerja malam hari tu aku tanya performance EXORA especially masa naik bukit. Dia kata tak test lagi. Jadi aku pun racun dia ajak naik cameron... dia kata ok... apa lagi ajak kekawan had lain depa pun on... maka set tarikh pun kita pi lah...selapas kena kambing kat hussain...

Masa pi,Nayan ngan Mail duk belakang. depa tak merungut pun. Pemilik Estima kata kusyen tak berapa sedap. Pemilik Livina pun komplain. Apa apa pun pemilik estima pun berminat ngan kereta ni..

Saat yang ditunggu adalah masa naik bukit. Apalagi Exora pun beraksi. Aku rasa sama macam Waja aku saja naik bukit. Masa balik Pak At naik ngan gear 2. Tapi masa aku bawa LIVINA 1.8 naik Genting hari tu, dia pun mengaum jugak.. tak taulah... korang fikirlah sendiri. tanya lah geng-geng yg join pi test hari tu ( Nayan, Mail, Ayen, Pak Long dan sapa lagi sorang ah..... o.... aku la)

Sebelum Balik kami pi pekena teh ( cardomon) depa kata dalam bahasa Perancis maksud halia. apa pun langsung tak best lah... mahal tak tau lah kena RM20 seteko, 6 orng minum.... masa Shopping sayur, minah indon dok ayat suruh beli... maka mat bujang sorang shopping tak ingat...
berat exora. makna kata kuat jglah exora ni.



Sampai balik gurun kat pukul 11 malam. lepas pekena koteaw DOLLY. ..... Kesimpulannya EXORA boleh dipakai bagi yang kurang mampu macam aku...

p/s Proton interest la ni 3.75%... sebulan RM800.... amacam berani...

Sunday, January 10, 2010

sorry lama tak update....cuti2 m'sia.

Alamak... last updated blog ni bulan august 2009. La ni dah bulan satu dah... sorrylah kekawan yg dok follow blog yg tak seberapa hebat ni. bukan apa, pulun buat thesis bulan 8 dan 9 hari tu dgn harapan nak grad bulan 9. tak dak rezeki, lambat hantar thesis- lewat sehari. tak mau buang masa punya pasai pebaik pointerlah. Tu yg pulun buat assignmet plak.... tak dan nak layan blog....


Kali ni nak cerita pasaipa ha. pasai cuti sekolah kut. ada kekawan yg tak berapa suka pasal hal remeh temeh cam ni. tapi tak palah kalau tak suka jangan layan.


Cuti lepas aku bawak famili pi Aquaria KLCC ngan Zoo Negara. saja nak layan mood budak2. Aquaria bagi aku tak lah best sangat. Ikan pun tak sebanyak underwater langkawi. tapi tak payah penat jalanlah pasai dia ada eskalator utk bergerak masa tengok ikan... caj masuk dewasa RM 30 lebih, budak RM 25 kut. tapi aku dapat famili package , 2 dewasa 2 budak baru RM 80. Nasib baik. Kalau tak kopak jg duit. Dah la pi time gaji tak masuk lagi...



Masa pi zoo negara pengalaman paling tawar adalah kena aiskrim RM 5.50 se cup. Cup besar dgn yg paklong jual aiskrim naik motor kat taman tu. Price Tag depa tak letak. Ramai jg la yg terkena. merungut kat belakang ajalah..... hilang nikmat makan aiskrim lepas bayar 4 cup tadi....



Time cuti sekolah rate hotel macam mahal saja. Kalau pi Shah Alam hotel cepat penuh. baik hangpa booking dulu sebelum pi. Kalau walk in awal mungkin ada kut. tapi kalau malam baru nak walk in sorry la. Nasib kalau ada. Lepas balik dari KL ni baru aku sedar betapa pentingnya kena pakai GPS. Kalau drive pakai signboard saja, dah tak relevant dah... Aku dengar cerita Sign board akan tunjuk jalan yg menggunakan tol. Orang KL saja yg tau jalan tak dak tol... padanlah dalam KL saja aku kena tol sampai RM20. Kalau ada GPS rasa OK kut.

Saturday, August 15, 2009

Majlis Jawatankuasa Agung KAPENAS semasa mesyarat perwakilan pada 11 august 09

sekadar tatapan semua....... tahun ni uniform baru dilancarkan. macam parti IPF pimpinan Panianathan..... cerita best tak ada . nak tahu cerita cari Pak At jurucakap yg rajin bercakap hal ehwal semasa. Yang lain dah tua .... malas nak cakap apa-apa. tunggu orang ganti......


MJKA yang akan fight CA hangpa. Bagi lah sokongan apa yang patut......



Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Cawangan Utara bersama sebahagian perwakilan cawangan Utara......

Majlis Tilwah Al quran

Majlis tilawah tahun ini dimenangi qariah M'sia ;Syarifah Khasif. dulu peserta Akademi Alquran. La ni dia kerja kat Astro aku tak tau la part time ka full time. Qari pulak dari dari Iraq. Usama Abdullah. Aku pun tahu kat dari media massa juga. Aku tak pi pun majlis tersebut. Tapi aku berpeluang untuk tengok persiapan pentas kat PWTC.

Hari majlis tersebut kebetulan aku ada mesyuarat Union kat KL. jadi aku ambil kesempatan pi PWTC yang mana berlansungnya Majlis Tilawah Alquran peringkat Antarabangsa. Aku sempat la melawat booth perniagaan dan masuk ke dewan utama berlangsungnya majlis. Dewan ni ada memori tersendiri juga kat aku. Aku konvo dulu kat dewan ni. Sempat la shot gambar dengan handphone aku dua tiga keping.

Apa-apahal pun Tahniah kepada johan tahun ni terutamanya Sharifah Khasif. Aku kagum ada juga orang muda macam dia. harap-harap ramai lagi la yg macam dia. Semoga kita dapat mendidik anak-anak kita jadi macam dia. moga moga tenteram kut disana......


Replika Pedang Rasulullah kat Pemeran sempena majlis tilawah alquran....

di dalam dewan utama PWTC tempat berlansungnya Majlis Tilawah Alquran


TAHNIAH.... Syarifah Khasif Syed Fadzilah Bt Syed Badiuzzaman Johan Qariah Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa, wakili Malaysia.....

NI cuma nak habaq Dewan Aku konvo dulu.....kenangan......

Monday, August 10, 2009

sori lama tak updated

terima kasih di ucapkan kpd semua follower blogkawan-kawan ni. rupanya sudah 3 bulan saya tak updated blog ni.

ada beberapa cerita menarik yg saya ingin dipaparkan dlm blog ni. tapi belum sempat di coretkan dlm blog ni. blog ini sepi seketika semenjak kehilangan sahabat baik semenjak dari kecil sehingga dewasa. semangat tetiba hilang seperti kita akan turut ikut jejaknya.

di samping itu kesibukan jg melanda apabila saya terpaksa menghabiskan thesis saya yg telah tertangguh beberapa bulan. dan pada bulan julai dan ogos lagilah sibuk kerana plant turn arround yg memaksa bekerja tanpa kira masa.

insyallah apabila semua undercontrol blog ini akan dihiasi kembali dgn nukilan yg menarik utk dikongsi. sama sama kita tunggu....

coming soon

Tuesday, May 26, 2009

Merempit di Pangkor

Berpeluang pergi Ke Lumut untuk lawatan kerja, sempat juga aku dan Pak At pi merempit di Pulau Pangkor. 2 sebab kenapa kami ke Pulau Pangkor adalah, 1stly nak survey line utk plan kayuhan RCT di Pulau Pangkor. Keduanya pasai Pak At teringin nak pi Pulau Pangkor.

La ni kalau hang pa nak pi Pulau Pangkor , Parking selamat sikit. MPM dah buat parking bertingkat yg menawarkan parking berbumbung dan banyak. Aku parking 3 jam lebih kena RM0.90 sahaja. tiket Feri RM 10 /2 hala.

pada mulanya nak sewa gerek... memandangkan spec gerek terlalu rendah tak jadi lah. ada ka gear set cap sun run.... tak pernah dengar pun...
Memandangkan kami nak pusing pulau yg hanya mengambil masa 40 minit, kami sewa motor 2 jam. Merempit satu pulau pasal jalan yg menguji kemahiran merempit kerana banyak lap maut dan berbukit. semua jalan kat pulau ni kami masuklah berbekalkan minyak RM2. disini ada gambar sikit menerangkan keadaan disana.

Satu satu nya cawangan PAS kat Pangkor. Banner MB Haram merata ceruk termasuk di Feri....

Kapal TLDM yg pi lawan lanun. kami sempat sesat dalam kem depa. tapi pak guard dia tak
tahan tak tau pasai pa..

Jeti bot ke pangkor Laut. Boleh nampak Pangkor Laut dan pulau lain dari sini.

Kayuhan demi kayuhan

Hobi berbasikal aku semakin memuncak. Perjalanan yg amat membanggakan apabila kayuhan dibuat hingga ke lenggong, Baling. Kayuhan yg dicatat melebihi 80km melalui pekan Sik dan Lata Mengkuang. Kenangan yg menerik sepanjang perjalanan ini adalah apabila ada ahli RCT yg tergolek seasa dalam perjalanan.Pulang dari kayuhan ini jg 2 orang ahli telah masuk wad. Tapi rasanya bukan disebabkan kayuhan pi Legong kut. Pak Long masuk wad kerana darah tinggi dan Yon pula Chikugunya. tapi alhamdulillah kedua - dua mereka sihat kembali selepas berehat dalam wad.


Tak kurang juga kayuhan menarik apabila aku berjaya menawan puncak tertinggi gunung Jerai. Hampir 1400m di menara RTM ka Telekom tak tau yang tinggi sekali tu. Orang MTB panggil dapat lesen E, iaitu lesen besar sekali. Menarik jg pengalaman ni. Aku tak tahu pulak atas puncak tu ada Telaga Tok sheikh dan suhu sejuk gunung di puncak.

Last sekali tak kurang jg kayuhan ke Batu Hampar dan Offroad di Bandar Puteri Jaya. Setiap kayuhan ada saja cerita menarik sepanjang perjalanan tersebut. Aku rasa enjoy join activitiberbasikal ini. lepas ni tak tahu kemana pulak. tapi aku tak maulah tahap fanatik macam setengah cylist tu, yang sanggup ambik cuti dan work hard berkayuh.... apa-apa pun kalau depa enjoy biar pi kat depa lah. Objektif aku hanya sekadar Exercise dan menikmati keindahan alam....